menu

Showing posts with label soal jawab agama. Show all posts

Saturday, 17 December 2011

aurat di depan adik/abang ipar



Hubungan antara seorang wanita dan abang/adik iparnya hanyalah mahram muaqqat (mahram sementara), bukan mahram muabbad (mahram selamanya), di mana dia dibolehkan berkahwin dengan abang/adik iparnya itu jika ditakdirkan berlaku penceraian dengan suaminya atau suaminya meninggal. Oleh itu, tidak harus ia membuka aurat di hadapan abang/adik iparnya, bersalaman dengannya dan berduaan termasuk keluar bermusafir tanpa orang lain.

Pandangan Allah terhadap kita perlu kita utamakan dari pandangan manusia. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

 “Sesiapa berusaha mencapai keredhaan manusia dengan menjadikan Allah murka kepadanya, Allah akan menyerahkannya kepada manusia. Sesiapa menjadikan manusia marah kepadanya dengan kerana ia mencari redha Allah, Allah akan mencukupkannya dari pergantungan kepada manusia” (HR Imam at-Tirmizi dari ‘Aisyah r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 8394)

Kuatkan diri, berpegang teguh dengan Syariat dan mohon kekuatan dari Allah, insya Allah mereka yang akan ikut anda nantinya, bukan anda yang ikut mereka. Banyak cara lain yang diharuskan Syariat untuk anda mengeratkan hubungan kekeluargaan (dengan keluarga sebelah suami), antaranya sering menziarahi mereka (bersama suami), peramah, suka membantu, tidak lokek wang ringgit dan sebagainya (semua itu akan memadamkan segala kesangsian orang lain terhadap anda di samping mereka akan menghormati anda, malah sampai masanya mereka akan mengikuti cara saudari).

Berbincanglah dengan bakal suami tentang hal tersebut dan capai kata sepakat sebelum berkahwin agar tidak ada perbalahan dengan suami apabila telah berkahwin nanti. Bagi seorang isteri, memadai dengan suami memahami pendiriannya pada peringkat awal sebelum orang lain turut memahaminya.


mengandung dan bulan ??

terperanjat saya bila baca artikel pasal pantang larang perempuan yang sedang hamil dan gerhana bulan.
macam-macam tanggapan orang pasal pantang larang nih.. Bukan setakat bulan je, matahari turut mendapat nama.. Antara pantang larang pasal matahari pulak orang kata kalau gerhana matahari berlaku jangan pandang dengan mata kasar kita ni.. takut buta pulak mata kita..


berbalik semula pada tajuk, jom kita hayati pendapat dari USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL


Jika pantang larang itu dikait dengan agama, wajib ke atas orang yang mendakwanya untuk membawa dalil dari al-Quran atau as-Sunnah. Jika dikaitkan dengan suatu alasan saintifik, logik atau sebagainya, ia perlulah mengemukakan pandangan mana-mana saintis yang dipercayai. Jika tidak dikaitkan dengan mana-mana darinya (yakni tiada hujah agama dan tiada pula hujah saintifik), dibimbangi ia hanyalah khurafat semata-mata. Kepercayaan khurafat wajib dijauhi umat Islam kerana ia menjadi jambatan kepada syirik dan kerosakan aqidah.

Pada zaman Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- pernah berlaku gerhana bulan pada hari yang sama berlaku kematian anak baginda bernama Ibrahim. Di kalangan sahabat ada yang cuba mengaitkan berlakunya gerhana bulan itu adalah kerana turut sedih atas kematian anak baginda. Lalu baginda bersabda membetulkan anggapan mereka;

         إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله، لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته، فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينجلي

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah salah satu tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Ia tidak gerhana kerana kematian seseorang dan tidak juga kerana lahirnya seseorang. Maka apabila kamu melihat berlakunya gerhana, berdoalah kepada Allah dan tunaikanlah solat hingga matahari/bulan terang kembali”. (HR Imam al-Bukhari dari al-Mughirah bin Syu’bah –radhiyallahu ‘anhu-).

hemm..pikir la dulu sebelum cakap yang bukan-bukan ye..takut menyimpang pulak..




Friday, 16 December 2011

suke sangat pin-pin belakang ye!!

masa dulu tudung kita pin kan kat bahu kanan dan kiri..pin kat atas kepala la .. kat mana la yg di pikirkan cantik bila digayakan .. tanpa kita sedari gaya yg pelbagai itu sebenarnya tidak mengikut syariat tanpa kita sedari. Sekarang ni macam-macam koleksi tudung dan selendang yg di jual di kedai-kedai mahupun butik-butik di seluruh negara.


Cara pemakaian tudung yang dituntut oleh Syariat ialah dengan menutupi seluruh kepala (rambut), bahagian leher dan labuh hingga ke dada. Ini sebagaimana arahan Allah;

                                                        وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)

Ramai kata pakai tudung yg di pinkan ke belakang menyamai birawati kristian.. saya pun xberapa pasti soal ni. Papepun jom kita baca skit pasal topik ni..



Untuk memudahkan kita membezakan bentuk penyerupaan yang harus dan yang tidak harus, di bawah ini dikemukan beberapa dhabit yang diberikan ulamak;

  •  Berkata Imam al-Qurthubi; "Jika suatu pakaian telah menjadi identiti khusus bagi golongan fasik atau golongan yang suka berpoya-poya, dilarang orang lain memakainya" (Faidhul-Qadier, 6/104).

  •  "Semua jenis pakaian yang boleh menimbulkan tanggapan kepada orang yang melihat bahawa si pemakainya adakah kafir atau dari kelompok fasik, maka ia adalah penyerupaan yang dilarang agama" (Syeikh Abdul-Wahhab Tawilah).

  •  "Yang dikehendaki dengan menyerupai orang-orang kafir yang dilarang itu ialah menyerupai mereka dalam perkara yang menjadi identiti khusus mereka dalam adat-adat (kebiasaan-kebiasaan hidup) dan menyerupai mereka dalam perkara-perkara yang direka mereka dalam agama mereka merangkumi urusan-urusan aqidah dan ibadah-ibadah mereka" (Majlis Fatwa Arab Saudi, 3/307).

  • "Cara untuk menilai penyerupaan (yang dilarang) ialah; orang yang meniru/menyerupai ia melakukan suatu perbuatan yang menjadi identiti khusus orang yang ditiru. Maka maksud menyerupi orang-orang kafir (yang ditegah agama) ialah seorang muslim melakukan sesuati yang menjadi identiti khusus orang-orang kafir. Adapun perkara yang telah tersebar di kalangan orang-orang Islam dan tidak lagi menjadi ciri-ciri khusus orang kafir, ia tidaklah dikira penyerupaan dengan mereka. Maka ia tidaklah diharamkan kerana faktor penyerupaan walaupun mungkin diharamkan kerana faktor yang lain" (Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin). 

Merujuk kepada soalan di atas, apakah tudung yang dipin ke belakang itu benar-benar menyerupai biarawati kristian?, persoalan ini perlulah diselidiki lebih lanjut. Namun secara zahirnya, di Malaysia ini wanita-wanita Islam yang memakai tudung sebegitu tidaklah dilihat oleh orang lain sebagai biarawati kristian atau orang yang ingin meniru mereka. Ia mungkin berlaku secara kebetulan. Oleh itu, pada pandangan saya ia tidaklah boleh kita anggap sebagai menyerupai biarawati Krisrian secara dasarnya. Namun dari segi pemakaian tudung, hendaklah dipastikan ia mematuhi ciri-ciri tudung yang ditetapkan Allah tadi.

post asal : USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Thursday, 15 December 2011

minyak ohh minyak..

oppss! bukan minyak masak taw..tapi ni minyak wangi..saya sukakan wangian..sape2 pun suke wangi-wangian. Macam-macam jenama..banyak pulak jenis-jenis harumannya..tp jangan kita lupa tentang kebaikan dan keburukan minyak wangi ni..haa..kat sini saya nak kongsikan dari apa yang saya dah baca dan saya nak kongsikan pada anda smue..


Hadith Pertama :

“Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.”(Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Muslim dan Abu Dawud dari jalan Abu Hurairah)

Hadith Kedua :

“Diberi kecintaan kepadaku daripada (urusan) dunia kamu, ialah : wanita, harum-haruman/ wangi-wangian dan dijadikan kesejukan dimataku di dalam sholat.” (Shahih riwayat ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi dari jalan Anas bin Malik)

Hadith Ketiga :

“Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah : misk/kasturi. ” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abi Sa’id al Khudriy)

Hadith Keempat :

“Apabila salah seorang dari kamu (kaum wanita) menghadiri (sholat) isya’ (dimasjid) maka janganlah dia memakai wangi-wangian. “ (Shahih riwayat Muslim, Ahmad, Nasa’I dari jalan Zainab)

Hadith Kelima :

“Siapa sahaja perempuan yang memakai harum-haruman, maka janganlah dia menghadiri (sholat) isya’ di (masjid) bersama kami.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud dan Nasa’I dari jalan Abi Hurairah)

Hadith Keenam :

“Apabila seseorang perempuan keluar ke masjid, maka hendaklah dia mandi (membersihkan diri) daripada wangi-wangian sebagaimana dia mandi daripada janabat.” (Shahih riwayat Nasa’i dari jalan Abi Hurairah)

Hadith Ketujuh :

“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima sholatnya sehingga dia mandi terlebih dahulu (membersihkan dirinya daripada wangi-wangian tersebut).” (Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Hadith Kelapan :

“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.” (Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).

Keterangan :

1. Hadits ke-1, 2 dan 3 itu dengan jelas menyatakan : sangat disukainya kita memakai harum-haruman/ wangi-wangian. Dan hukum ini bersifat umum, yakni ia jatuh kepada kaum lelaki dan wanita, ini kerana di dalam hadits-hadits itu tidak dibezakan sama sekali antara lelaki dan wanita. Bahkan dihadits ke-1 itu ada larangan menolak pemberian harum-haruman. Sedangkan hadits ke-2 itu menunjukkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam amat menyukai wangi-wangian. Padahal telah kita maklumi daripada firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

” Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah.” ( Al Ahzab : 21 )

Nabi Shollallahu alaihi wa sallam menjadi suri tauladan (uswatun hasanah) bagi kaum muslimin dan muslimat. Sedangkan hadits ke-3 itu menyatakan bahawamisk/kasturi adalah harum-haruman yang paling baik buat kita pakai. Demikian keterangan Nabi Shollallahu alaihi wa sallam.

2. Hadits ke-4 dan 5 itu menegaskan : haram hukumnya bagi kaum wanita keluar ke masjid untuk menghadiri sholat isya’ dengan memakai harum-haruman. Disebutnya sholat isya’ disini tidak bererti menghadiri sholat-sholat lainnya diperbolehkan. Tidak sekali-kali demikian ! Ini kerana hadits ke-6 dan 7 bersifat umum mencakupi seluruh macam sholat, baik sholat fardhu mahupun sholat-sholat sunat ( seperti sholat tarawih dan sholat hari raya ). Disebutkan sholat isya’ dihadits ke-4 dan 5 itu boleh jadi kerana fitnahnya lebih besar kerana sholat isya itu dikerjakan di waktu malam.

3. Hadits ke-6 itu menunjukkan : Wajib hukumnya bagi kaum wanita yang hendak keluar ke masjid membersihkan dirinya daripada wangi-wangian sebagaimana halnya dia mandi janabat.

4. Hadits ke-7 itu mengandungi hukum : Siapa sahaja perempuan yang keluar ke masjid dengan memakai wangi-wangian, maka sholatnya tidak diterima oleh Allah Azza wa Jalla. Demikianlah dzahirnya sabda Nabi Shollallahu alaihi wa sallam. Hendaklah hadits tersebut diambil perhatian betul-betul, ini kerana telah kita saksikan kebiasaannya kaum wanita di masa kita sekarang ini apabila mereka keluar ke tanah lapang untuk sholat hari raya mereka memakai wangi-wangian yang baunya tersebar kemana-mana. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un !

5. Dari hadits ke- 4, 5, 6, dan 7 serta keterangan-keterang an dapatlah dengan mudah kita ketahui : apabila ‘keluar’ ke tempat-tempat ibadah sahaja dilarang keras bagi kaum wanita memakai wangi-wangian, apalagi ke tempat-tempat lain seperti pergi ke pesta perkahwinan dan lain-lain. Sudah barang tentu larangannya lebih keras lagi. Sebagai contoh :

” Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya Perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka Perkataan yang mulia.” ( Al Israa’ : 23 )

Dalam ayat diatas kita dilarang berkata ‘ah’ terhadap kedua orang tua. Sudah tentu mencaci maki keduanya lebih keras lagi larangannya. Dan memukul keduanya akan lebih keras lagi larangannya dan begitulah seterusnya.

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka Menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah Menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ( An Nuur : 30-31 )

Allah Azza wa Jalla perintahkan kaum mu’minin dan mu’minat supaya menundukkan pandangan-pandangan mereka. Ini tentu menunjukkan bahawa pandangan-pandangan mata, berdekat-dekatan, berpegang-pegangan, berciuman, tari-menari akan lebih keras lagi larangannya.

Kalau bagi kaum wanita telah dilarang keluar dengan memakai wangi-wangian meskipun bukan untuk orang lain mendapat baunya, tentu keluar dengan maksud menyebarkan bau supaya orang-orang mencium baunya lebih keras lagi larangannya. Dan perempuan yang demikian Nabi Shollallahu alaihi wa sallamkita menamakannya sebagai perempuan zina ( lihat hadits ke-8 , dan hadits ke-8 itu bersifat umum yakni keluar kemana sahaja baik ke masjid mahupun ke tempat-tempat lainnya.)

Kesimpulan :

1. Perempuan dibolehkan bahkan sangat disukai memakai wangi-wangian di dalam rumahnya khususnya untuk suami (jika ada).

2. Perempuan yang hendak keluar rumah, maka wajib hukumnya membersihkan dirinya daripada wangi-wangian sebersih mungkin.

3. Haram hukumnya bagi perempuan yang keluar rumah, baik keluar ke masjid apalagi ke tempat-tempat lain dengan memakai minyak wangi/harum- haruman/wangi- wangian.

Kemudian datang satu pertanyaan daripada saudara kita, ” Apakah hukum di atas terkena juga kepada perempuan-perempuan yang keluar rumah dengan memakai ‘sesuatu ubat’ (seperti deodoron) untuk menghilangkan bau badannya yang tidak enak?”

Saya jawab, kalau ‘sesuatu ubat’ yang dimaksudkan itu tidak menyebarkan bau wangi, maka tidaklah terlarang, bahkan mesti dipakai untuk menghindari rasa jijik orang-orang yang sering membuakant perempuan-perempuan rendah diri. Kalau ‘sesuatu ubat’ itu menyebarkan bau wangi, maka tetap hukumnya terlarang. Akan tetapi kalau ‘sesuatu ubat’ itu hanya sebentar sahaja menyebarkan bau harum/wanginya. Hendaklah ditunggu sehingga hilang (baunya), kemudian baru boleh keluar rumah. Demikianlah jawapan saya.